23 Ogos 2009

~Ada Ke letak nama obama~


Kurma terbaik Mesir dinamakan Obama



KAHERAH 22 Ogos - Penjual buah-buahan di Mesir telah menamakan kurma terbaik mereka tahun ini dengan nama Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dalam satu penghargaan kepada pemimpin AS itu atas pendekatan beliau terhadap dunia Islam.

Kurma adalah makanan tradisional dalam bulan Ramadan yang bermula hari ini di kebanyakan negara Islam seluruh dunia kerana ia merupakan sunah Nabi Muhammad S.A.W dalam ibadah berpuasa yang dijalankan dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Di Mesir, pemilik kedai buah telah mencipta tradisi menamakan kurma terbaik dan terburuk mereka bagi menarik perhatian serta meningkatkan jualan, seperti satu pembayang suasana politik semasa.

Reputasi Obama melonjak sehingga nama beliau digunakan peniaga Mesir bagi menamakan kurma terbaik mereka, selepas beliau dalam ucapannya di Kaherah pada Jun lalu menyatakan hasrat memulihkan hubungan AS dengan penganut Islam seluruh dunia.

Hubungan tersebut menjadi tegang di bawah bekas Presiden George W. Bush yang dibenci dunia Arab dan nama beliau digunakan untuk kurma terburuk di Mesir dalam Ramadan sebelum ini.

"Kami sayang Obama jadi kami namakan kurma terbaik kami sempena beliau," kata seorang peniaga di pusat bandar Kaherah, Atif Hashim.

Beberapa tong besar di kedainya penuh dengan kurma Obama yang dijual pada harga AS$5 (RM17.65) sekilogram. Namun dengan tambahan AS$1 (RM3.50), kurma yang lebih baik yang dikenali sebagai Super Obama dapat dibeli.

Kurma terburuk Ramadan kali ini dinamakan sempena Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman yang membenci Mesir dan pernah mengatakan 'pergi jahanam' kepada Presiden Hosni Mubarak. - ehsan dari utusan malaysia

Template by:
Free Blog Templates